Norman dan Abby Abadi siap sewa satu bas bawa keluarga bercuti

Oleh MHDAILY

Norman dan Abby Abadi siap sewa satu bas bawa keluarga bercuti. Meskipun sudah berpisah namun pelakon Abby Abadi masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya pelakon berbadan sasa, Norman Hakim demi anak-anak mereka.

Sememangnya seronok melihat hubungan erat dua keluarga besar pelakon itu. Malah, ramai yang kagum melihat hubungan akrab Abby dan Memey Suhaiza.

Baru-baru ini, netizen seronok melihat dua keluarga itu bercuti ke Terengganu. Lebih seronok apabila keluarga itu menyewa satu bas untuk berjalan bersama keluarga.

Melihatkan di Instagram Abby, Memey dan Norman, rata-rata ahli keluarga dilihat seronok dapat bercuti bersama keluarga dengan menyewa bas.

Abby juga turut meluahkan rasa puas hati apabila menyewa bas untuk percutian kali ini dimana anak-anak seronok bebas ke sana ke sini.

Norman dan Abby Abadi siap sewa satu bas bawa keluarga bercuti

Diruangan komen, rata-rata netizen seronok melihat kemeriahan keluarga besar kedua pelakon itu. Tidak kurang juga, ada yang mahu menyewa bas untuk bercuti selepas ini.

BACA:

Siti Bainun nekad saman kerajaan pula, gesa Rumah Bonda dibuka semula

Waspada semua, 2 Sub varian Omicron dikesan di Malaysia

Pas sanggup kalah PRU15, setia bersama Perikatan Nasional