Agus Yusoff risau Malaysia akan jadi Sri Lanka 2.0. ADAKAH KERAJAAN KITA DI LANDASAN YANG BETUL?
1. Saya tidak nampak kita di landasan yang betul. Hendak betul macam mana jika pemimpin sibuk berpolitik, sibuk dengan tarikh pilihan raya, dan sibuk dengan saling menyalahkan pihak lain.
2. Saya belum nampak satu dasar jelas kerajaan dalam soal menyelesaikan krisis makanan, pekerjaan, nilai ringgit yang merudum, dan kenaikan kos sara hidup. Yang saya nampak ialah kenyataan secebis-cebis sahaja dari pemimpin yang tidak konsisten pun antara satu sama lain.
3. Kadang-kadang saya rasa seperti diperbudakkan, jikapun tidak diperbodohkan oleh kenyataan pemimpin. Misalnya, hendak menyelesaikan masalah harga ayam dan masalah rungutan rakyat yang lain, saya lihat kenyataan dan cadangan pemimpin seperti jenaka sahaja. Malangnya jenaka mereka tidak nakal, tetapi menyakitkan.
4. Saya hairan. Dalam keadaan Bank Negara menaikkan OPR kepada 2%, penyusutan nilai ringgit sehingga RM4.38 berbanding AS dolar, pengaliran keluar pelabur asing, harga barangan dijangka meningkat sehingga 60%, dan banyak lagi rungutan rakyat yang lain, kerajaan boleh memberitahu kita bahawa pertumbuhan ekonomi negara meningkat kukuh dan mampan.
5. Dari mana kukuh dan mampannya itu? Ini yang saya tidak nampak. Yang saya nampak ialah kerajaan hilang arah, beberapa menteri yang memegang portfolio strategik tidak kompeten, rakyat semakin tertekan, dan negara menghadapi masalah yang bertali arus.
6. Kerajaan, please wake-up dan keluarkan satu kenyataan polisi yang tegas dan jelas. Tumpu dahulu kepada dasar untuk untuk selesaikan masalah asas kehidupan rakyat, bukannya membuai rakyat dengan data-data pertumbuhan ekonomi yang tidak meredakan keresahan mereka. Jujurlah dengan rakyat.
7. Merenung jauh, saya bimbang kita menjadi Sri Lanka 2.0. Saya tidak dapat membayangkan jika negara kita diambang muflis, kadar inflasi mencecah paras tertinggi, dan krisis makanan semakin memburuk. Semoganya ini tidak berlaku di negara kita.
BACA:
Hanya tahu masak mi segera, suami nekad ceraikan isteri
Kerajaan lulus akta boleh gugur kandungan jika pasangan izinkan