Orang ramai kantoikan jenama disebalik pizza Wak Doyok, “tertanggal sticker pulak..” Bila sebut saja nama Wak Doyok, warga Malaysia mesti akan kenal dengan usahawan dan personaliti fesyen ini. Yela, dengan penampilan berjambang siap dengan pakai suit, trademark bergaya yang dibawa oleh Wak Doyok memang lain dari yang lain.
Baru-baru ni, Wak Doyok dah ceburkan diri pula dalam bidang perniagaan pizza. Katanya, dia buat jenama baru Pizza Setujuh sekadar nak cuba nasib je, tak sangka dapat sambutan ramai. Siap berbaris panjang lagi semata nak tapau pizza.
Paling gila harga pizza yang Wak Doyok jual ni RM7 je. Murah betul?
Bila tengok feedback, semua cakap rasa pizza sangat sedap, tak berbaloi dengan harga yang murah.
Tapi, ada satu benda yang ‘tak best’ jadi bila terdapat pelanggan yang jumpa brand pizza lain atas kotak Pizza Setujuh. Lepas koyak sticker, rupa-rupanya Pizza Setujuh adalah Pizza Hut. Confirm lah ramai yang terkejut!
Bukan Wak Doyok je, Youtubers Auntie Siow (SoImJenn) yang juga buat perniagaan pizza dengan jenama Pizza8, juga ‘kantoi’ menggunakan Pizza Hut untuk dijual kepada peminatnya.
Paling best, ramai yang dah tapau dan siap makan kat situ lagi. Meriah betul dengan pelanggan sebab satu Pizza8 dengan rasa yang tasty dijual dengan harga RM8 je.
Apa sebenarnya yang jadi ni?
Rupa-rupanya, Wak Doyok dan SoImJenn tengah buat eksperimen Syiok! Tapau Je untuk prank peminat mereka.
Maksud prank itu adalah semata-mata bagi membuktikan bahawa jika pembeli merasakan pizza RM7 dan RM8 yang dijual mereka itu sudah menjadi deal atau tawaran yang baik, jadi pizza RM6 yang ditawarkan oleh Pizza Hut adalah pilihan paling terbaik dari semua yang tak dapat disangkal lagi!
So, sekarang ni semua peminat dan pelanggan Pizza Setujuh dan Pizza8 dah tahu deal terbaik untuk mendapatkan pizza sedap dan berbaloi adalah dari promosi Syiok! Tapau Je oleh Pizza Hut yang boleh dibeli dengan harga RM6 je di Pizza Hut seluruh Malaysia. Alahai!
Ha, kalau korang nak tahu, korang boleh enjoy promosi Syiok! Tapau Je dari Pizza Hut ni SETIAP HARI untuk take-away Pizza Hut RM6 secara walk-in atau beli secara online tanpa ada waktu terhad. Memang syiok!
Best betul bila terdapat pelbagai variety pizza boleh dipilih daripada rangkaian kegemaran pizza pan korang dengan resepi baru Herb Aroma. Memang berbaloi sangat lah!
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pizza kegemaran korang di Pizza Hut dengan serendah RM6 selagi promosi masih ada! Jom, masa ni lah nak belanja kawan dan satu family, kita tapau je bawa balik rumah okay!
BACA:
Anak Zahid akui sudah lama baik dengan keluarga Anwar, “dia sweet orangnya”
Pantang nampak abang lori sampah mesti ucap terima kasih, kisah budak ini jadi perhatian
Sertai Selangor Saring jika anda ada sakit kepala, dada dan perut
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio