Krisis bekalan gandum makin parah, Pengimport Asia berebut cari bekalan

Oleh MHDAILY

Krisis bekalan gandum makin parah, Pengimport Asia berebut cari bekalan. Pengimport gandum di Asia kini berusaha mencari sumber bekalan baharu selepas India menghentikan eksport komoditi itu.

Menurut seorang sumber perdagangan, pengimport terutamanya di Asia bergantung pada gandum dari India selepas eksport dari rantau Laut Hitam merosot berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

“Pengimport Asia berkemungkinan menghadapi masalah besar.

“India merupakan alternatif Ukraine dan Russia terutamanya untuk gandum. Pengimport kini sedang mencari alternatif,” kata seorang peniaga gandum berpangkalan di Eropah di sebuah pusat perdagangan global.

Tambah sumber itu, pengimport di Asia malah mencari untuk membeli lebih banyak gandum Russia meskipun terdapat masalah pembayaran dikaitkan dengan sekatan ke atas bank Moscow dan peningkatan premium insurans perkapalan.

Krisis bekalan gandum makin parah, Pengimport Asia berebut cari bekalan

Baru-baru ini, kerajaan India menghentikan eksport gandum dalam usaha menangani ancaman keselamatan bekalan makanan negara itu susulan kenaikan mendadak dalam harga bijirin global.

Pengimport khususnya di Asia bergantung pada gandum dari India selepas eksport dari rantau Laut Hitam merosot berikutan insiden pencerobohan Russia di Ukraine pada 24 Februari lalu.

Russia dan Ukraine secara bersama menyumbang kira-kira 30 peratus daripada eksport gandum global.

Eksport gandum Ukraine terjejas teruk disebabkan perang memaksa negara itu menutup pelabuhan manakala eksport Russia pula dikenakan sekatan Barat.

India yang merupakan pengeluar gandum kedua terbesar di dunia dianggap sebagai negara yang dapat membantu menampung kekurangan bekalan global terjejas akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Sementara itu, seorang lagi sumber berkata, peniaga yang mempunyai bekalan gandum menghadapi kerugian besar berikutan terpaksa membatalkan urus niaga eksport dan menjual semula di pasaran tempatan yang semakin lemah.

“Situasi itu sudah pun berlaku. Peniaga yang tidak mempunyai surat kredit terpaksa batalkan urusniaga.

“Saya menjangka bermula pertengahan Jun ini, tiada lagi penghantaran bekalan dari India,” katanya. – REUTERS

BACA:

Tambang e-hailing dilapor naik mendadak, buat ramai resah

Terkinja-kinja menari, Nora Danish kena tegur agar tutup ‘susu’

Airport Singapura tawar 6,000 tawaran pekerjaan, bayar dalam dollar Singapura!