Medina Zein dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat derita bipolar

Oleh MHDAILY

Medina Zein dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat derita bipolar. Pempengaruh media sosial terkenal Indonesia, Medina Zein dirawat di sebuah hospital sakit jiwa di Bandung gara-gara penyakit bipolar.

Lapor portal Liputan6, Perkembangan tersebut dikongsikan wakil keluarga Medina, Dea Anggraini menerusi satu kenyataan yang dibuat di Youtube, baru-baru ini.

“Sekarang masih di tahap pemantauan doktor. Bipolar yang dialaminya sudah teruk. Bukan biasa.

“Ia sudah pada tahap, kalau dibiarkan, boleh membawa tindakan bunuh diri.

“Jadi, memang dia harus dijaga. Dan dia tidak dapat memberikan apa-apa kenyataan,” katanya.

Medina menderita penyakit berkenaan sejak 2016. Namun, keadaanya menjadi semakin teruk kebelakangan ini.

Medina Zein dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat derita bipolar

Dalam pada itu, Dea menepis dakwaan netizen yang menuduh perkara itu hanya lakonan Medina untuk menutup kes penipuan yang dikaitkan dengan dirinya, baru-baru ini.

“Ini bukan lakonan. Kalau berkaitan undang-undang, kita kembalikan sahaja kepada prosesnya nanti.

“Kalau seseorang itu sudah melakukan sesuatu (kesalahan), dia harus bertanggungjawab,” ujarnya.

Terdahulu, dua individu, Denise Chariesta dan Uya Kuya tampil mendedahkan diri mereka menjadi mangsa penipuan Medina dalam urusan jual beli kereta.

BACA:

Krisis makanan makin parah, rakyat sekolahkan Menteri dan timbalan hanya sibuk kongsi politik di FB

Rasuah RM2.8 juta : Pendakwaan tutup kes Bung Mokhtar, Zizie Izette

2 warga Sabah menang Toto jackpot bernilai RM21.8 Juta