Tular pasangan melayu gaduh tepi highway, siap peluk-peluk lagi pujuk

Oleh MHDAILY

Tular pasangan melayu gaduh tepi highway, siap peluk-peluk lagi pujuk. Seperti dalam sebuah filem Melayu, itulah yang boleh ditafsirkan menerusi sebuah video yang viral di laman TikTok memaparkan seorang wanita dipercayai merajuk sebelum cuba ditenangkan oleh seorang lelaki.

Mendapat hampir 1.2 juta tontonan, video pendek dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Boyy_Tayar meraih perhatian netizen dan mencetuskan tanda tanya di sebalik punca kejadian itu berlaku. Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat lelaki tersebut seolah cuba memujuk wanita yang menolak untuk dipujuk.

Namun, wanita ini dilihat seolah-olah sedang bersedih dan menolak lelaki terbabit. Tidak menghiraukan pujukan tersebut, wanita ini cuba melarikan diri dan dipercayai minta supaya ‘dilepaskan’.

Bercerita lebih lanjut, pasangan berkenaan dilihat sama sekali tidak menghiraukan keadaan lalu lintas yang agak sibuk ketika itu. Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan kejadian ini berlaku di mana dan bila.

Tular pasangan melayu gaduh tepi highway, siap peluk-peluk lagi pujuk

@boyy_tayarSemoga Dipermudahkan Segala Urusan 😌

♬ original sound – Syahmi Sazli

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat tersendiri di sebalik kejadian yang berlaku dan ada juga yang menyamakan situasi tersebut seperti drama popular terbitan TV3, 7 Hari Mencintaimu.

 

BACA:

Fikry Ibrahim diganti dengan Aiman Hakim dalam Nusyuz Berkiblat Cinta cetus persoalan

Kes HFMD makin menggila, kerajaan akan tutup taska, tadika dalam masa terdekat?

Bas langgar tiang plaza tol, 13 dilaporkan maut