Hapus hutang PTPTN adalah manifesto Pas, bukan PH . Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berjanji untuk menghapuskan keseluruhan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaliknya manifesto Pas yang menawarkan sedemikian.
Jurucakap Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, manifesto PH berkaitan PTPTN ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah penangguhan bayaran sehingga peminjam memiliki gaji RM4,000.
Menurutnya, ketika itu PH mengerti PTPTN merupakan bebanan kepada graduan terutama berdepan masalah permulaan gaji yang masih rendah.
“Saya tidak pasti mengapa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki cuba memainkan isu PH kononnya berjanji untuk menghapuskan keseluruhan hutang peminjam PTPTN apabila berjaya menjadi kerajaan pada PRU14.
“Jika Asyraf ingin menuding jari berkaitan janji pemansuhan PTPTN, adalah lebih baik kemarahan itu dihalakan kepada Pas, yang kini berada di dalam kerajaan Pusat lebih lama dari PH.
“Andainya Asyraf mengkaji perbandingan manifesto PRU14, sudah pasti dia menemui janji Pas untuk memansuhkan terus hutang PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Asyraf pada Selasa mendakwa antara gelombang kejayaan PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah disebabkan janji mahu menghapuskan hutang PTPTN.
Menurutnya, ketika itu ramai anak muda teruja malah ada di kalangan ibu bapa termasuk jentera UMNO yang terpedaya dengan janji tersebut.
Mengulas lanjut Nik Nazmi berkata, bagi PH individu yang perlu bertanggungjawab dalam isu itu adalah Wan Saiful Wan Jan yang diberikan amanah sehingga ke hari ini sebagai Pengerusi PTPTN.
“Malangnya bermula dari zaman PH sehingga ke hari ini, Wan Saiful dan pasukannya belum datang dengan kaedah pembayaran yang mampu membantu para graduan,” katanya.
BACA:
PH dah mula bentuk jawatankuasa manifesto dan pilihanraya
Aidilfitri: Shuib tak terima tetamu, makin menyendiri, kata sumber
Lagu baru keluar tapi tak ada yang tengok, DSV luah rasa kecewa
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio