Nampak sopan je Elly Mazlein beraya rumah mentua, tapi ada yang pelik pula nampak..

Oleh MHDAILY

Nampak sopan je Elly Mazlein beraya rumah mentua, tapi ada yang pelik pula nampak..Sambutan hari raya tahun ini sememangnya cukup meriah apatah lagi selepas dua tahun tidak dapat kunjung mengunjung susulan pandemik.

Termasuklah buat pengacara dan pelakon popular Elly Mazlein dimana ini merupakan tahun pertama menyambut raya di kampung halaman suaminya Mohamad Azlan di Kelantan sejak bernikah pada Januari 2020.

BACA: Elly Mazlein Selamat Bersalin Anak Kedua

Baru-baru ini tular video di TikTok yang dikongsikan seorang netizen memaparkan Elly yang tidak kekok bergaul dengan keluarga di sebelah suaminya.

Difahamkan, dalam video itu Ellay bertandang ke rumah sepupu suaminya. Elly dilihat manis dan sopan berbaju kurung kuning duduk bersimpuh sambil menikmati juadah raya bersama anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.

Nampak sopan je Elly Mazlein beraya rumah mentua, tapi ada yang pelik pula nampak.. | MH Daily

Pengguna TikTok itu turut memuji cara Elly membawa diri serta mengatakan pengacara itu sangat rendah diri dan tidak sombong.

Malah, ada yang pernah bertemu dengan Elly berkata selebriti itu seorang yang lemah lembut dan sememangnya jauh berbeza dengan di atas pentas.

Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada pengguna TikTok itu yang tetap menjaga privasi anak sulung Elly

@meqdiksurah kak elly mazlein comell ๐Ÿ˜ญ #foryoupage #fyp โ™ฌ original sound – ๐“ถ๐“ฎ๐“บ ๐“ผ๐“พ๐“ป๐“ช๐“ฑ๐Ÿง•๐Ÿป

BACA:ย 

Lagu baru keluar tapi tak ada yang tengok, DSV luah rasa kecewa

Remy Ishak puji Amyra Rosli dengar arahan pengarah, โ€œnak air mata jatuh dekat kameraโ€

Nik Amar dakwa Umno punca masalah air di Kelantan