7 tahun hidup bahagia, isteri tiba-tiba minta suami kahwin dengan BFF, rupanya ada hubungan songsang
Perkataan ‘poligami’ cukup sensitif untuk dibincangkan bersama golongan wanita.
Jika tiada keperluan mendesak, isteri mana yang rela berkongsi suami dengan orang lain? Tambah pula dalam kehidupan bermadu,
bukan semua lelaki mampu memberi layanan sama adil baik dari segi nafkah harian mahupun batin.
Namun bagi seorang lelaki ini, lain pula kisahnya bila si isteri tiba-tiba memintanya bernikah dengan kawan baik dari zaman sekolah.
Menjalani rumah tangga dengan sangat bahagia bersama 3 orang anak, dia merasa amat pelik mengapa isterinya membuat permintaan drastik sebegitu.
Setelah diasak, lelaki itu akur menambah isterinya meskipun berada dalam keadaan tidak mampu.
Pergi mana-mana mesti berdua…Kenapa dua-dua baik sangat?
Untuk mengurangkang beban suami, isteri pertama siap mencadangkan supaya isteri kedua duduk sebumbung dengan mereka berdua.
Dari dulu lagi, si suami memang sedia maklum mengenai persahabatan rapat mereka berdua. Namun sekali lagi, dia curiga kerana 2 isterinya sangat-sangat mesra sebagai madu hingga kadang-kadang suka tidur sebilik.
Pujukan bermadu dibuat agar suami tak syak hubungan songsang 2 isteri
Bangkai yang busuk tidak selamanya boleh ditutup. Satu hari suaminya menemukan 2 isterinya sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.
Maka terbongkarlah sikap sebenar mereka yang mempunyai nafsu songsang.
Pujukan untuk berpoligami hanyalah taktik demi menutupi belang mereka berdua serta mengaburi mata suami.