64,000 syiling edisi khas Bluey jual dalam talian hanya beberapa jam

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Seorang lelaki Australia telah dihadapkan ke mahkamah setelah ditangkap atas tuduhan mencuri 64,000 duit syiling peringatan

satu dolar Australia yang diinspirasikan daripada rancangan televisyen kanak-kanak popular, Bluey, menurut kenyataan pihak polis.

Menurut laporan Arab News, lelaki berusia 47 tahun itu didakwa mencuri syiling edisi terhad yang bernilai lebih 600,000 dolar Australia

(kira-kira RM2.6 juta) yang belum dikeluarkan dari sebuah gudang di pinggir bandar Wetherill Park, Sydney pada bulan Jun.

Kecurian itu disiasat oleh Strike Force Bandit, sebuah unit khas polis yang ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut.

64,000 syiling edisi khas Bluey jual dalam talian hanya beberapa jam

Bluey adalah rancangan televisyen yang paling banyak distrim di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu. Rancangan animasi dari Australia ini disasarkan kepada kanak-kanak

tetapi turut digemari oleh orang dewasa, dan mendapat penarafan tertinggi ke-14 sepanjang masa menurut laman web penjejak filem, IMDB.com.

Pihak polis menyatakan bahawa syiling itu dijual secara dalam talian pada harga 10 kali ganda nilai muka.

Duit syiling edisi khas yang sama dijual pada harga 20 dolar Australia (kira-kira RM90) setiap satu di sebuah laman web. Seorang penjual di eBay mengenakan bayaran hampir 600 dolar Australia (kira-kira RM2,700) untuk satu pek.

Detektif Superintendan Joseph Doueihi dalam satu sidang media menyatakan bahawa mereka pada mulanya tidak menyedari populariti rancangan itu.

“Kecurian syiling ini telah menghalang ramai kanak-kanak dan masyarakat daripada mendapatkan akses kepada syiling tersebut, dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan semula syiling-syiling ini,” katanya.

Polis juga menyatakan bahawa lelaki tersebut bekerja di gudang berkenaan dan mencuri 500 kilogram (kg) syiling dari sebuah trak, sebelum menjualnya secara dalam talian dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Polis kini sedang mencari dua rakan lelaki tersebut yang turut bersubahat dalam kecurian ini.

Baca Juga:‘Aku dahlah tengah lemah tahan alahan mengandung, bila nak makan, makanan dah kena rembat rupanya budaya keluarga mertua’