63 pelajar kena saman kerana berpesta rai hari terakhir SPM atas jalan

Oleh MHDAILY

Seramai 63 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Rabu disaman kerana bertindak luar kawalan dengan berpesta di atas jalan raya bagi meraikan hari terakhir peperiksaan mereka.

Dalam kejadian jam 3 petang, kesemua mereka yang berusia 18 tahun disaman dalam Op Khas (Pengubahsuaian ekzos dan pemantauan calon SPM) selepas didapati ‘berpesta’ di Jalan Pantai Puteri dan Dataran Klebang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebanyak 92 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Pol 257.

Baca Artikel Penuh