60 tahun meniaga sate tak pernah basuh periuk resepi rahsia sate sentiasa sedap

Oleh SURIANI HAMDAN

Gara-gara tidak membersihkan balang sos sejak lebih setengah abad, sebuah restoran popular di Jepun

telah menjadi perbualan ramai kerana didakwa menjual lidi daging babi yang dicelup dalam bekas tersebut.

Pendedahan itu dibuat selepas rancangan televisyen Jepun mendedahkan rahsia kejayaan restoran tersebut

Yang mengetengahkan tentang satu balang yang kelihatan meragukan.

Balang tersebut dikatakan agak meragukan kerana ditutupi dengan jisim gelatin dan telah menimbulkan persoalan ramai.

60 tahun meniaga sate tak pernah basuh periuk resepi rahsia sate sentiasa sedap

Selepas ditanya, pemilik restoran tersebut akhirnya mendedahkan jisim gelatin yang berada di sekeliling balang itu merupakan sos yang tumpah dan mengeras selama beberapa dekad.

Dia juga mengatakan ia adalah balang sos yang sama digunakan olehnya untuk mencelup makanan jualannya, iaitu lidi daging babi selama 60 tahun yang lalu.

Menurut pemilik generasi ketiga restoran itu, balang tersebut tidak pernah dibersihkan sejak enam dekad lalu, yang kemungkinan menyumbang kepada rasa sos yang ‘kaya’.

Daripada membersihkan balang sos setiap hari selepas ditutup, pekerja memilih untuk menuang lebih banyak sos ke atas sisa bekas tersebut, yang mampu menguatkan aromanya.

Meskipun sisa yang terkumpul itu bukanlah pemandangan yang menyelerakan, namun pemilik restoran mengatakan balang sos tersebut adalah harta berharga yang boleh dipamerkan.

“Tidak mendatangkan bahaya…”

Dalam rancangan tersebut, persoalan mula timbul tentang potensi bahaya kebersihan dengan hanya menambah sos baharu dalam bekas yang tidak dibersihkan selama beberapa dekad.

Salah seorang pakar berkata sekiranya sos itu dipanaskan dengan haba yang cukup lama, bahaya pencemaran bakteria tidak sepatutnya terjadi.

Mereka turut melakukan ekperimen dengan menambahkan air bersih ke dalam bekas yang penuh dengan air hitam sebanyak 365 kali.

Hasil eksperimen itu mendapati kebanyakan air asal tidak wujud pada akhirnya dan ia juga sama seperti balang sos itu.

Rancangan tersebut menimbulkan kekecohan dalam talian dan rata-rata pelanggan tetap restoran itu mengatakan mereka tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun makan makanan itu dengan kerap.

Dalam masa yang sama, ada sesetengahnya mula mendakwa bahawa balang sos yang kelihatan cacat itu kemungkinan akan menimbulkan beberapa kebimbangan mengenai kebersihan yang serius.

Baca juga: Tular video gadis dirisik keluarga kekasih, sekali ‘background’ pula tarik perhatian netizen