“6 tahun abah hilangkan diri kahwin lain, bila emak tuntut fasakh, tiba-tiba abah muncul sebab nak jual rumah sampai tak mengaku anak”

Oleh SURIANI HAMDAN

SEBAGAI pemimpin keluarga, bapa memikul tanggungjawab begitu besar buat isteri dan anak-anak.

Namun kegagalan bapanya menunjukkan kepincangan dalam institusi kekeluargaan.

Melalui satu luahan di laman X, seorang anak menyuarakan kekecewaannya mengenai bapanya yang tidak mengenal erti tanggungjawab.

“6 tahun abah hilangkan diri kahwin lain, bila emak tuntut fasakh, tiba-tiba abah muncul sebab nak jual rumah sampai tak mengaku anak”

“Ayah saya dah hampir enam tahun tak balik rumah. Dengarnya dah kahwin lain, tak sangka laku rupanya orang tua tu. Sejak dia tak ada, saya yang tanggung keluarga memandangkan ibu tak kerja dan adik semua masih bersekolah.

“Saya memang dah bertahun api-apikan ibu untuk minta fasakh, akhirnya satu hari tu dia buat juga. Fasakh ni maksudnya kalau ayah saya tak ada pun, mahkamah boleh jatuhkan talak.

“Masalahnya, apabila ayah tahu dia dengan ibu dah bercerai, dia terus menggelupur datang balik rumah. Saya macam terdetik, tahu juga pakcik ni jalan balik rumah. Tapi ada sebab rupanya dia balik,” katanya.

Menurut pemuda berkenaan, bapanya hanya pulang semula ke rumah kerana memikirkan harta yang ditinggalkan.

“Dia balik sebab takut ibu saya dapat hak rumah yang kami duduk sekarang. Dia nak cuba bincang secara baik untuk jual rumah tu pada saya.

“Bukannya nak bagi terus walaupun kami ni darah daging dia. Sejak ayah lesap dari keluarga kami, memang saya yang bayar rumah tu.

Kalau saya jadi awak, saya nak rumah tu percuma je, failkan nafkah tertunggak enam tahun.
WARGA MAYA

“Jadi, saya setuju nak beli rumah tu daripada dia, nampak la saya berduit kan. Tapi itulah, dia nak jual rumah dengan harga mahal siap suruh saya buat pinjaman peribadi yang tak masuk akal,” ujarnya.

Gara-gara sikap bapa kandung yang tidak berhati perut, kedua-dua mereka bergaduh besar.

“Saya dengan ayah berbalah dalam telefon sampai dia cakap dia terasa hati dengan saya. Dia siap cakap pada semua adik-beradik yang dia tak mengaku saya sebagai anak.

“Saya tak kisah pun kalau dia dah tak mengaku saya sebagai anak dia, cukuplah saya ada kasih sayang ibu. Saya harap semoga dengan doa ibu, saya yang anak derhaka di mata bapa ni dapat masuk syurga,” katanya lagi.

Sebahagian ciapa balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyokong tindakan anak itu memutuskan hubungan dengan bapanya.

“Kalau saya jadi awak, saya nak rumah tu percuma je, failkan nafkah tertunggak enam tahun, sebab sepanjang masa tu awak yang tanggung keluarga dengan duit awak sendiri.

“Ayah saya pun buat benda sama, baru-baru ni dia temankan ibu pergi ke mahkamah untuk proses penceraian. Tapi sempat lagi waktu tu dia tanya tentang simpanan ibu di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Cepat pergi buat segala tuntutan, bagi dia bergolek terus ke liang lahad nak bayar,” kata sebahagian warga maya.

BACa: “Tiap kali balik jumpa isteri, mesti mak mertua masuk campur, aku nak bawa anak isteri jumpa mak pun tak boleh, sekarang ini siapa suami?”