6 atlet Malaysia ini bakal gegar kejohanan badminton dunia, no.1 tu banyak kontroversi

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Kurang daripada 15 hari sebelum bermulanya kejohanan Siri Jelajah Dunia (World Tour) peringkat akhir

Anjuran Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), debaran semakin dirasai. Kejohanan yang akan berlangsung

Dari 11 hingga 15 Disember ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara pemain terbaik dunia.

Kejohanan yang menggunakan format melibatkan lapan pemain terbaik setiap kategori ini akan diadakan di Hangzhou, China, selaku tuan rumah edisi kali ini.

Peminat badminton tanah air pasti tertanya-tanya, siapa wakil negara yang berjaya layak ke pentas akhir dan seterusnya merebut gelaran juara?

6 atlet Malaysia ini bakal gegar kejohanan badminton dunia, no.1 tu banyak kontroversi

Senarai Pemain Malaysia yang Layak

Untuk kejohanan kali ini, enam wakil dari Malaysia telah berjaya melayakkan diri dalam pelbagai kategori, kecuali perseorangan wanita. Berikut adalah senarai pemain Malaysia yang akan bertanding:

1. Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki)

Menurut laman rasmi kejohanan, Lee Zii Jia menduduki tangga ke-6 dengan 74,940 mata.

Sepanjang tahun ini, pemain dari Kedah itu telah mencatat prestasi cemerlang dengan memenangi tiga gelaran:

-Juara Terbuka Thailand
-Juara Terbuka Australia
-Naib juara Malaysia Masters

2. Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (Beregu Lelaki)

Pasangan beregu lelaki negara ini berada pada prestasi terbaik, berjaya menduduki tangga ke-4 dengan 78,780 mata.

Mereka merangkul kejuaraan di:

-Terbuka Arctic
-Terbuka Jepun
-Terbuka China

3. Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki)

Beregu Aaron-Soh berjaya berada di tempat ke-7 dengan 68,780 mata.

Antara pencapaian mereka tahun ini ialah:

-Juara Terbuka Korea (Super 300)
-Naib juara All England

4. Pearly Tan-M. Thinaah (Beregu Wanita)

Pasangan ini menduduki tangga ke-5 dengan pungutan mata 77,500.

Tahun ini menjadi antara tahun terbaik mereka dengan pencapaian seperti:

-Juara Terbuka Hong Kong
-Naib juara Terbuka Korea dan Terbuka Arctic

5. Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (Beregu Campuran)

Pasangan beregu campuran ini, yang juga pasangan suami isteri, menduduki tangga ke-2 dengan 81,040 mata.

Pencapaian mereka termasuk:

-Juara Malaysia Masters (Super 500)
-Juara Terbuka Switzerland (Super 300)
-Naib juara Terbuka China (Super 1000)

6. Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (Beregu Campuran)

Pasangan ini menduduki tangga ke-4 dengan 76,280 mata.

Antara pencapaian mereka:

-Juara Terbuka Korea (Super 500)
-Naib juara Terbuka Thailand dan Terbuka Switzerland

Kejohanan ini pasti menjanjikan persaingan sengit, dan harapan besar disandarkan kepada wakil-wakil negara untuk membawa pulang kejuaraan. Sama-sama kita nantikan aksi mereka di pentas akhir!

BACA: Adik kepada Menteri Wilayah Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia