55 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan, bergantung sepenuhnya dengan gaji

Oleh SURIANI HAMDAN

Dalam keadaan ekonomi tak menentu, apa yang boleh kita lakukan adalah menjadi lebih bijak mengatur perbelanjaan harian

Dan mempunyai simpanan mencukupi agar boleh digunakan sekiranya ada kecemasan dan sebagainya.

Namun, Kajian Celik Kewangan Malaysia RinggitPlus 2023 (RMFLS) baru-baru ini mendedahkan 55%

55 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan, bergantung sepenuhnya dengan gaji

daripada responden mengakui berbelanja sama banyak atau lebih daripada gaji yang mereka dapat setiap bulan.

Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk membuat sebarang penyimpanan sebagai kecemasan.

Hasil kajian juga mendapati 71% daripada responden hanya boleh menyimpan kurang dari RM500 setiap bulan, manakala 67% menyatakan mereka hanya boleh bertahan selama tiga bulan atau kurang dengan jumlah simpanan kecemasan mereka.

Pun begitu, hasil tinjauan tahun ini mendapati rakyat Malaysia menunjukkan daya tahan yang mengejutkan dengan lebih bertanggungjawab terhadap kewangan mereka. Sejumlah 93% responden telah mengambil langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka tahun ini.

Salah satu penemuan dalam kajian berkenaan adalah majoriti daripada responden mendedahkan mereka pernah ingin ditipu atau berdepan dengan percubaan penipuan dalam tahun ini.

Oleh itu, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila badan-badan pentadbir memandang serius perkara ini, dengan industri perbankan melancarkan kempen kesedaran anti-penipuan yang diperbaharui dan agresif,

Dan kerajaan meningkatkan pembiayaan untuk Pusat Tindak Balas Penipuan Nasional (NSRC) untuk tahun akan datang.

BACA: Ini maksud disebalik warna baju banduan, baju putih lengan merah tu ‘confirm’ tak keluar penjara bersama nyawa