Assalammualaikum admin..mohon tolong hidekan fb saya memandangkan ramai yang mengenali saya di sini. terima kasih..
Ujian seorang isteri pelbagai bentuk. Apa yang saya baca, kadang – kadang hampir kebanyakan cerita yang sama,
semua bermasalah dengan suami, suami tak bertanggungjawab, suami itu ini. Saya juga tak lari dengan ujian rumahtangga.
Perkahwinan saya yang pertama ketika saya berusia 19 tahun. Masa tu b0doh lagi dengan cinta.
Masa tu juga jenis tak pandai bergaul dengan orang. Masa tu juga bila dah kenal cinta, tak boleh jauh dengan cinta.
Akhirnya dapat jodoh dengan seorang lelaki pemalas kerja, main barang, tak hormat isteri.
Paling malang dapat kedua mertua yang berlagak, tak hormat perasaan menantu, back up kejahatan anak, dengan penipuan anak tanpa selidik. Itu belum lagi ipar (lelaki) yang tak hormat perasaan orang, pun sama berlagak.
Korang rasa siapa yang boleh bertahan hidup dengan keluarga macam ni? Dengan takdir Allah swt, perkahwinan saya bertahan 2 tahun saja. Ujian berat sampingan yang terp4ksa saya lalui, anak saya dir4mpas dengan k3jam oleh mereka.
Saya mengandungkan anak kedua tapi diorang sanggup fitnah itu bukan d4rah daging mereka. K3jam, sangat k3jam! Dengan kuasa Allah, anak kedua yang saya kandung, yang saya cuba gugurkan, Allah takdirkan dia lahir dengan sihat, seorang lelaki dan tak perlu wali andai dia akan berkahwin kelak dan 100% ikut wajah ayahnya!
Sedih memang tak terhingga bila anak terp4ksa berbinkan Abdullah disebabkan tiada kad pengenalan ori suami, tetapi syukurlah, ada bukti pada surat beranak yang anak saya bukan anak tak sah taraf, walaupun tiada maklumat bapa.
Hanya orang yang mahir saja dapat cam melalui surat beranak tersebut mengatakan anak saya yang berbinkan Abdullah, bukan anak luar nikah. Maka kepada pembaca sekalian, guru – guru terutamanya, jangan mudah bersangka buruk andai kata melihat nama anak itu berbin / binti Abdullah, jadi fitnah nanti.
Hampir 5 tahun saya hidup bersendirian, membesarkan anak duduk bersama dengan ayah. (ayah dan mak dah berpisah). Ujian demi ujian Allah beri. Berg4duh, bermasam muka, dipulaukan dengan adik beradik, saya jatuh s4kit tak boleh berjalan yang mnyebabkan saya tak boleh bekerja, terp4ksa mgharapkan belas kasihan dari ayah. Syukurlah ayah amat memahami.
Bermulalah kisah lain dalam kehidupan saya bila mengenali seorang lelaki bujang yang masa tu lebih muda dari saya jarak umur 6 tahun. Memang tak sangka, dari usik mengusik di laman wechat, dia serius nak jadikan saya isterinya walaupun masa tu umur dia baru 21 dan saya 27 tahun.
Dia tak berkerja, harta pun tak ada, harapkan sebiji motor, itu pun si kakaknya yang punya. Hubungan mulai serius tapi hubungan kami dapat halangan dari emaknya. Kononnya emaknya takut bekas suami saya datang kacau dan apa – apakan anak bujangnya.
Kecewa dan terkilan bila hubungan tak ada restu, maka saya cuba putuskan hubungan dengan dia. Dijadikan cerita satu malam, tak sampai pun sebulan, saya dapat panggiIan dari dia. Dia ceritakan yang emaknya dah ikhlas untuk menerima saya, dan hubungan kami juga dapat pembelaan dari kakaknya yang no.2.
Dia merupakan anak bongsu dari 2 beradik yang lain perempuan. Kami merancang nak bertunang dan masa tu la kami sama – sama cari pekerjaan. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Bila kami dapat bekerja, hubungan saya dengan adik beradik kembali terjalin, syukur sangat – sangat.
Setahun bertunang, kami selamat bernikah. Disebabkan duit hantaran pun tak dapat kumpul dengan baik, ayah saya dengan baik hati buatkan pinjaman atas nama ayah. Lepas kahwin, kami duduk rumah ayah saya. Masa tu rezeki kami sekadar cukup cukup makan.
Selepas kahwin, saya cuma dapat merasa kerja kurang 2 bulan, bila suami minta berhenti kerja. Perbelanjaan m4kin bertambah bila suami sorang je yang bekerja. Syukurlah sesekali ayah saya sudi keluarkan duit untuk belanja barang dapur dan lauk makan.
Suami pula bertungkus lumus bekerja disebabkan untuk bayar 2 hutang masa tu. Dengan balance gaji kadang – kadang kurang RM1000 dan pernah hanya tinggal RM600 saja. Satu hari saya disahkan mengandung, suami teruja sesangat akan bergelar ayah.
Dengan gaji yang tak seberapa, suami beranikan diri untuk beli kereta. Syukur yang tak terhingga, walaupun gaji yang tak seberapa, pinjaman diluluskan dan tuan kedai sanggup beri 2 kali bayaran muka. Kononnya dengan adanya kereta, suami boleh hantar saya bersalin andai tibanya waktu saya nak bersalin kelak.
Tapi sayang, malam kelahiran anak saya, suami terp4ksa bekerja jauh (hantar barang). Saya yang hanya berteman dengan anak lelaki saya masa tu terp4ksa menahan s4kit start motor jam 3 pagi pergi ke kedai 7e untuk mencari topup.
Syukur alhamdulillah, dapat hubungi ayah yang bekerja syif malam untuk hantarkan saya ke hospitaI. Alhamdulillah, dengan izin Allah, jam 6 pagi, saya selamat melahirkan seorang puteri. Perbelanjaan kami sem4kin bertambah, suami sanggup berhenti kerja dan pilih kerja yang gaji yang lebih besar tapi kami terp4ksa pjj.
Maka saya uruskan anak – anak tanpa suami walaupun begitu, tiap minggu suami akan balik. Hanya 3 bulan kami merasa hidup mewah, suami berhenti kerja disebabkan orang ani4ya dia. Maka suami pulang ke kampung. Rezeki Allah, suami dapat pekerjaan sebagai guard kilang di bandar.
Tapi tak sampai sebulan kerja, sekali lagi rezeki Allah datang, suami dapat panggiIan kerja kerajaan di negeri lain. Walaupun gembira tapi sedihnya kami terp4ksa berjauhan. Kalau dulu hanya berjauhan bandar tapi kali ini berjauhan negeri, ibarat penghujung dunia.
Bukan mudah saya nak lalui, bila berjauhan dengan suami, lebih -l ebih lagi 3 bulan pertama gaji diholdkan. Maka, ayah saya, dan ipar duailah yang terp4ksa keluarkan duit belanja untuk suami di sana. Saya pula struggle niaga kecilan untuk mencari duit susu dan pempers anak waktu itu, termasuk duit sekolah anak.
Dijadikan cerita, 6 bulan kemudian suami pulang ke kampung untuk bawak saya dan anak – anak tinggal di rumah baru (kuaters). Maka dengan berat hati saya terp4ksa berpisah dengan emak dan ayah saya. Dari situ la bermula sikit demi sikit ujian untuk saya.
Gaji suami yang tak seberapa lagi, suami panas baran, kaki video Iucah dan pernah mnjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Bila datang baran suami, anak lelaki saya pernah jadi m4ngsa pukuIan, tumbvkan dia hanya sebab anak lelaki saya lewat balik ke rumah selepas keluar bermain. Saya? hanya mampu pert4hankan saja anak saya.
Jujur juga saya cakap, masa tu saya dan suami masih jahiI bab solat. Mungkin sebab itu kehidupan kami sentiasa panas. Allah uji lagi sifat suami yang suka dengan video – video Iucah. Hati siapa yang tak sedihkan? Tak pernah suami men4mpar wajah saya, tapi setiap malam, saya dapat t4mparan dari dia semata saya marah teramat sangat.
Dan sejak itu saya tak pernah lagi ambil kisah dengan sikap suami walaupun dalam hati saya kecewa dan marah. Saya teruskan hidup seperti biasa dan selalu pesan pada anak lelaki saya, “jangan buat hal, takut nanti kena pukuI lagi.”
Hampir 5 tahun kehidupan saya yang penuh suka duka. dalam baran suami, ada sikap dia yang suka memanjakan saya, kadang – kadang romantik, kalau ada duit, suami tak pernah kedekut untuk belanja apa yang saya nak, anak – anak nak, kalau ada duit lebih kami akan pergi bercuti.
Suatu hari ditakdirkan Allah, tergerak pintu hati saya untuk berubah, solat yang selalu saya tinggalkan, kembali saya jaga. Kebetulan juga beberapa hari itu hubungan saya dan suami tak baik. Suami tido di bilik lain, saya tidur di bilik lain.
Masa tu saya terasa hati, saya tawar setawarnya. Saya tak larat lagi nak menanggung beban. Malam tu juga dalam sujud dalam doa, saya menangis minta pada Allah, “andai dia memang jodohku, maka kau permudah ya Allah, bukakan pintu hati suamiku untuk berubah. Dan andai dia memang bukan jodohku pada masa akan datang, kau hentikan ujian buat aku untuk terus bersama dengan dia. Permudahkan untuk aku melepaskan rumahtangga ini.”
Hampir seminggu saya tak ambil kisah tentang suami. dia nak makan, pandai – pandai dia la nak ambik sendiri kat dapur. Nak pergi kerja, pergi la. Saya sendiri tak ambik tahu apa yang dia buat saban waktu ketika dia tidur di bilik lain.
Saya pula sibukkan diri dengan niaga saya dengan anak – anak saya. Doa yang sama tak pernah putus saya lafaz setiap kali dalam solat. Sampailah suatu malam, entah kenapa tiba – tiba saya terdetik hati nak solat kat bilik suami.
Tiba – tiba masa tu suami yang sedang baring, terus bangun dan cakap dengan saya, “solat kat belakang sikit, dia nak solat juga.” Saya pun terus solat Isyak sperti biasa. Ketika rakaat terakhir, sedang saya rukuk, saya mula risau, kenapa lama sangat suami saya sujud?
Solat saya jadi tak kusyuk bila suami langsung tak bergerak. Sedang saya bert4hiyat akhir, tiba – tiba saya terdengar esakkan halus. Ya Allah.. betul ke ni?? Seusai salam, saya pandang suami, mengalir air mata saya dengar esakkan suami saya ketika t4hiyat akhir.
Barulah saya tahu, suami mengerjakan solat taubat. Usai dia memberi salam, suami terus memandang saya dengan linangan air mata. Dengan esakkan dia cakap, “abang nak minta ampun dengan sayang, banyak d0sa abang pada sayang dan anak – anak.”
Saya pula hanya mampu membaIas, “Allah dah dengar doa sayang, Allah dah berikan hidayah pada abang.” Kami menangis dalam peIukan. Dalam hati saya tak habis dengan syukur pada Allah. Orang cakap kalau nak tengok seseorang tu berubah dan betul – betul insaf, tunggu 3 bulan.
Dalam masa 3 bulan dia bertahan tak dengan insafnya tu. Alhamdulillah.. lebih 3 bulan saya menanti, suami dah betul – betul berubah. Suami juga mengajar saya untuk qada kan semua solat yang pernah ditinggalkan dulu, suami juga tak lekang dengan al quran lepas solat. Alhamdulillah, barannya dah berkurangan.
Tetapi pernah sekali barannya datang dan masa tu suami bagi lafaz cerai taklik, andai saya keluar rumah, gugur taIak 3 pada saya. Syukur masa tu saya kuatkan sangat walaupun hati kecewa dengan barannya, saya mampu tahan diri dari melangkah keluar rumah.
Memang masa tu saya c4bar suami, tak guna solat kalau baran sendiri tak pandai nak kawal. Dan sejak tu suami berubah 100%. Betullah orang kata, bila kita ni nak berubah, memang kuat hasutan sy4itan. Syukur sangat suami mampu Iawan semua hasutan.
Hampir setahun kini sejak suami berubah, kehidupan saya terasa lebih tenang. Suami jadi seorang suami lebih penyayang, lebih tumpukan amal ibadah dia. Tipu la kalau takde g4duh kecil, tapi suami pilih untuk diamkan diri dan asingkan diri kat bilik solat dia yang memang tempat selalu dia lepak..
Teringat saya pada satu karangan dari seseorang yang meluahkan sini, bila suaminya cakap, “kita tak jaga solat kita, itu sebab rumahtangga kita selalu tak aman, tak bahagia.” Ya, memang itu la saya lalui dulu sewaktu saya jahiI, tak ingat nak bersujud pada Allah. Bila saya kembali kepadaNya, 1000 nikmat saya rasai sekarang.
Maaf karangan saya terlalu panjang, tapi dengan karangan ini semoga menjadi iktibar dan penguat semangat buat para isteri yang lain. Saya percaya dengan kata pepatah, “Doa seorang isteri ni adalah satu senj4ta paling kuat selain doa seorang ibu.”
Saya yakin kini, dengan doa tulus ikhlas dari seorang isteri, Allah mampu berikan apa saja. Yang penting kita kena ikhlas dan sentiasa beristiqomah. Dengan serendah hati, saya doakan semua para isteri kuat dengan ujian masing – masing.
Ujian kita ni semua hampir sama tapi mungkin lain keadaannya dan hanya kita saja yang mampu mengubahnya dengan izin Allah.
InshaAllah, Allah tak akan biarkan kita mend3rita untuk selamanya. Yakin, selepas hujan, pasti ada pelangi yang menghiasi. Mohon doakan juga moga rumahtgga saya terus bahagia dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.. aamiin. Sekian..