5 pekerjaan paling ramai tak percaya, tak sangka pemimpin agama pun tersenarai

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Siapa sangka, ada beberapa profesion di Malaysia yang kurang dipercayai oleh orang ramai walaupun dilihat gah, glamor, dan mewah.

Kerjaya ini, yang sering kali digambarkan sebagai ‘prestij’ kepada khalayak, sebenarnya tidak menawarkan jaminan setimpal dengan imej yang dipaparkan.

Sebagai maklumat tambahan, berikut merupakan hasil kajian Kepercayaan Terhadap Profesion 2024 yang dilakukan secara dalam talian

Dari 24 Mei hingga 7 Jun lalu untuk mengenal pasti kerjaya yang paling kurang dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Ahli Politik & Pempengaruh Media Sosial Profesion Kurang Dipercayai

5 pekerjaan paling ramai tak percaya, tak sangka pemimpin agama pun tersenarai

Berdasarkan kajian oleh firma penyelidikan pasaran, Ipsos Sdn Bhd, ahli politik dan pempengaruh media sosial merupakan dua profesion paling kurang dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Dalam kajian Kepercayaan Terhadap Profesion 2024, sebanyak 41% responden tidak mempercayai ahli politik, diikuti dengan 36% bagi pempengaruh media sosial.

Mengejutkan, senarai ini turut diikuti oleh jawatan menteri kerajaan yang berada di tangga ketiga dengan 35%, eksekutif pengiklanan di tempat keempat dengan 30%, serta pemimpin agama dengan 30%.

“Berdasarkan kajian antarabangsa, masyarakat global juga mengakui ahli politik merupakan profesion yang kurang dipercayai dengan peratusan tertinggi iaitu 58%.
“Kira-kira separuh daripada populasi global kurang mempercayai ahli politik, pempengaruh media sosial, dan menteri kerajaan. Rakyat Malaysia pula cenderung menunjukkan tahap ketidakpercayaan yang lebih rendah berbanding purata global,” menurut kenyataan dari Ipsos.

Guru & Doktor: Profesion Paling Dipercayai di Malaysia

Kajian yang sama juga mendapati beberapa kerjaya yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia. Profesi tersebut termasuk guru dan doktor dengan peratusan kepercayaan masing-masing sebanyak 59% dan 55%. Turut disenaraikan adalah saintis (49%), angkatan tentera (49%), dan hakim (46%).

Manakala polis berada di tangga keenam dengan 42%, diikuti oleh jurubank dan pembaca berita yang masing-masing mencatatkan peratusan 40%, serta peguam (39%) dan pelayan (38%).

“Bagaimanapun, di peringkat global, kepercayaan terhadap profesion doktor, saintis, dan pelayan lebih tinggi berbanding di Malaysia.
“Sebagai contoh, doktor mencatatkan kebolehpercayaan sebanyak 58%, saintis (56%), dan pelayan (44%),” menurut Ipsos.

Kesimpulannya, walaupun sesetengah kerjaya dilihat glamor dan berprestij, kepercayaan rakyat terhadap mereka mungkin tidak setinggi yang dijangka.

BACA: Duduk sebab lenguh, tapi bila duduk makin lenguh! Ramai tak puas hati dengan kerusi di tempat awam

Leave a Comment