5 makanan ini tak ganggu proses ‘cut sugar’, diet

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Mendapatkan tubuh yang sihat dan menurunkan berat badan bukanlah perjalanan yang mudah.

Banyak cabaran perlu ditempuhi, terutama dalam mengawal tabiat menikmati makanan manis yang sudah menjadi kebiasaan.

Menerusi satu hantaran di laman Thread, seorang pempengaruh gaya hidup sihat,

Nur Adilla, berkongsi beberapa pilihan makanan yang dapat membantu mengurangkan rasa mengidam terhadap makanan manis seperti coklat, kek, atau aiskrim.

“Bagi yang sedang berdiet, anda pasti pernah alami situasi di mana tiba-tiba teringin sangat makan benda manis. J

5 makanan ini tak ganggu proses ‘cut sugar’, diet

angan mudah mengalah! Cuba makanan ini untuk mengatasi craving anda,” kata Nur Adilla.

1) Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Pilih coklat gelap yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% kandungan koko.

Coklat gelap kaya dengan magnesium yang membantu menstabilkan kadar gula dalam darah sekaligus mengurangkan keinginan terhadap makanan manis.
Tip: Jangan makan secara berlebihan. Bersederhana adalah kunci utama untuk mengelakkan mudarat.

2) Yogurt Gaya Greek

Yogurt jenis ini mengandungi protein dan probiotik (bakteria baik) yang membantu mengenyangkan.

Tip: Tambahkan buah-buahan segar seperti beri atau epal untuk menambah rasa manis secara semula jadi. Elakkan gula atau madu supaya misi diet tidak terganggu.

3) Buah Tamar (Kurma)

Kurma mengandungi gula semula jadi yang sihat dan tinggi serat, membantu mengurangkan rasa lapar serta keinginan terhadap makanan manis.

Tip: Hadkan pengambilan kepada satu atau dua biji sehari. Jangan makan secara berlebihan walaupun ia makanan sihat.

4) Kekacang

Kekacang seperti badam, walnut, dan pistachio kaya dengan protein, lemak sihat, dan membantu menstabilkan gula dalam darah. Ia juga memberikan tenaga tanpa memerlukan gula tambahan.
Tip: Pilih kekacang tanpa garam atau gula tambahan untuk manfaat maksimum.

5) Buah-Buahan Segar
Buah seperti epal, beri, dan pisang mengandungi gula semula jadi serta serat, yang membantu menghilangkan rasa mengidam makanan manis.

Tip: Makan buah-buahan segar secara berkala untuk kekal kenyang dan elak makan berlebihan.

Petua Tambahan:

Minum air kosong secara kerap! Kadangkala, keinginan terhadap makanan manis sebenarnya berpunca daripada dehidrasi.

Selamat mencuba! Semoga tips ini membantu anda mencapai gaya hidup lebih sihat

BACA: ‘Patutlah abah ketuk pintu bilik aku jam 2 pagi, rupanya abah baru tahu mak curang belakang abah lepas balik reunion’