42 orang abang foodpanda sampai, rupanya kanak-kanak ini tekan ‘order’ sampai 42 kali

Oleh FAHMI ABBAS

Pesan hanya satu, tetapi 42 penghantar makanan tiba di depan rumah. Itulah yang berlaku

kepada seorang kanak-kanak di Filipina yang menerima 42 pesanan makanan akibat masalah internet.

Kisah ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terpaksa memesan makanan melalui aplikasi kerana ibu bapanya bekerja.

Menurut laporan Kompas, laluan sempit di Barangay Mabolo, dekat sini, dipenuhi dengan penghantar makanan disebabkan oleh kesilapan aplikasi.

Kejadian berlaku pada jam 11 pagi, Rabu lalu, apabila kanak-kanak tersebut bersama neneknya memesan filet ayam

42 orang abang foodpanda sampai, rupanya kanak-kanak ini tekan 'order' sampai 42 kali

dengan nasi serta kentang goreng yang berharga 189 peso (RM15.89).

Namun, mereka terpaksa membayar 7,938 peso (RM671) untuk 42 pesanan tersebut. Kanak-kanak itu gagal membayar keseluruhan 42 pesanan itu kerana ibu bapanya hanya meninggalkan wang secukupnya untuk membeli filet ayam tersebut.

Jiran kanak-kanak itu, Dann Kayne Suarez, berkata kanak-kanak tersebut sebenarnya sudah biasa dan sering memesan makanan melalui aplikasi tersebut. Namun, masalah internet menyebabkan proses pesanan menjadi lambat, menyebabkan kanak-kanak itu secara tidak sengaja menekan pesanan yang sama sebanyak 42 kali.

Sekumpulan 42 penghantar makanan yang tiba secara serentak menyebabkan jiran-jiran di kawasan tersebut terkejut, dan kejadian ini segera menjadi tular di media sosial.

Kanak-kanak itu dilaporkan ketakutan dan menangis apabila melihat kedatangan pesanan dalam jumlah yang banyak kerana tiada wang untuk membayarnya.

Namun, jiran-jiran termasuk Dann, berhasrat untuk membeli filet ayam tersebut dan kemudian memuat naik gambar serta video kejadian di media sosial.

Walau bagaimanapun, tidak semua filet ayam itu dapat dibeli, dan sesetengahnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran.

BACA: ‘Datuk Red sekarang versi paling terbaik’ – Adira