4 tahun Acap hilang, sekali abang jumpa ‘benda pelik’ masa masuk Gua Tempurung

Oleh MHDAILY

4 tahun Acap hilang, sekali abang jumpa ‘benda pelik’ masa masuk Gua Tempurung.

Menghilang tanpa jejak setelah menyertai sebuah acara larian di Gopeng, Perak pada April 2019, keberadaan Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap terus menjadi tanda tanya.

Ditangkap jin, bernikah dengan bunian serta mahu terus duduk dalam gua tidak mahu balik adalah antara dakwaan yang sempat berlegar.

4 tahun Acap hilang, sekali abang jumpa ‘benda pelik’ masa masuk Gua Tempurung

Di mana sebenarnya Acap berada?

Walau betapa banyak tanggapan yang timbul, keluarga Acap tidak pernah berputus asa mencari dan masih mengharap kepulangannya satu hari nanti.

Selain ikhtiar berdoa dan mengikuti misi SAR ke kawasan hutan, mereka juga pernah menawarkan wang bernilai RM12,000 kepada sesiapa yang berjaya membawa Acap pulang ke pangkuan.

Mencari tuan empunya pemilik unggun kayu di tengah hutan di dalam gua

Hari pertama Ramadan 2023 sudah pun bermula semalam, abangnya, Denny Lang turut mengenang kembali tanggal kehilangan Acap yang kini sudah memasuki tahun keempat.

Hantaran di FB pada tarikh 12 Mac lepas menyaksikan mereka bersama bantuan seorang perawat Islam masuk lagi ke lokasi sama (Gua Tempurung) dan tanpa disangka menemui kesan unggun api.

Namun siapa yang menghidupkannya dalam gua di tengah hu

tan, ia masih belum dipastikan lagi.

Acap, sini Cap….Mak kat sini, sini, sini, mak kat sini

Sepanjang berita mengenai Acap kecoh di berita, video di saat ibunya, Siti Maznah Khamis memanggil-manggil nama dalam hutan adalah detik tersedih yang berlaku semasa operasi pencarian berlaku.

Dari suara yang kedengaran sayu jelas menunjukkan betapa seorang ibu meletakkan harapan tinggi anaknya akan balik satu hari nanti.

BACA:

Ahli Parlimen Pas Fitnah Skim Rumah pertamaku tamat? Rupanya ini kisah sebenar

Syamsul ‘menjawab’ bila dinasihati ibu, sekali ini respon padu Datuk Yusof Haslam buat syamsul terdiam