4 anak perempuan Abuya antara yang ditahan Polis

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Beberapa pemimpin kanan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH) dan isterinya, a

ntara yang ditahan polis awal pagi tadi dalam Op Global susulan laporan mengenai rumah amal yang dikendalikan

oleh syarikat itu didakwa melakukan penderaan, pengabaian, serta salah laku seksual.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan penahanan tersebut dan maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.

Memetik laporan Bernama, Razarudin berkata operasi yang dikendalikan bersama Bahagian D8 Bukit Aman

4 anak perempuan Abuya antara yang ditahan Polis

Dan Pasukan Khas Siasatan Bersepadu daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D14 Bukit Aman telah melakukan

pemeriksaan serentak di empat unit kediaman di Tower A, Berjaya Times Square 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, pada pukul 5.40 pagi.

“Hasil pemeriksaan telah menahan 19 orang, terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh perempuan, yang berumur antara 25 hingga 65 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis dijangka memohon perintah tahanan reman terhadap suspek hari ini.

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber, setakat ini seramai 19 orang, termasuk pemimpin jemaah tersebut, telah ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di beberapa lokasi.

“Selain CEO terbabit, isterinya serta dua anaknya turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Individu lain yang ditahan termasuk anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad,” tambah sumber itu.

Sumber juga menyatakan bahawa mereka yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 30 hingga 65 tahun.

Perintah reman terhadap semua individu yang berusia antara 30 hingga 41 tahun itu akan dilakukan sebaik permohonan dibuat oleh polis di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini.

Razarudin menjelaskan bahawa mereka direman bagi melengkapkan siasatan yang sedang dilakukan terhadap syarikat berkenaan.

“Reman bermula hari ini sehingga Rabu ini (25 September),” katanya.

BACA: Kedah dilanda musibah, Menteri Besar bersenang-lenang di Jepun bersama isteri baru?