Sudah menjadi tanggungjawab buat pembeli kenderaan yang mendapatkan kenderaan secara pinjaman
Atau pembiayaan melunaskan bayaran ansuran bulanan seperti yang dipersetujui.
Kegagalan untuk melunaskan bayaran ansuran dalam tempoh yang panjang bakal membuatkan sesebuah kenderaan bakal ditarik.
Dalam pada itu, seorang penunggang p-hailing meluahkan kekecewaan dengan cara yang luas biasa apabila memilih untuk merosakkan motosikal miliknya gara-gara tidak berpuas hati kenderaan itu hendak ditarik kerana tertunggak hampir tiga tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian berlaku jam 3.10 petang pada 11 September lalu disebabkan pemilik tidak berpuas hati dengan penarikan motosikal kerana mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.
Menurutnya, lelaki itu menendang motosikalnya sendiri sebelum serah kepada ejen tarik kenderaan.
“Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari yang sama di Balai Polis Brickfields,” katanya dalam kenyataan hari ini.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio