300 staf Media Prima dibuang lagi selepas 543 orang Mac lalu

300 staf Media Prima dibuang lagi selepas 543 orang Mac lalu

Selepas Media Prima Berhad (Media Prima) memberhentikan 543 kakitangan dalam pusingan pertama pada Mac lalu, kira-kira 300 staf kumpulan media bersepadu terbesar di negara ini menerima notis pemberhentian kerja.

Dalam satu kenyataan hari ini, mereka terlibat dimaklumkan mengakhiri perkhidmatan pada 31 Julai depan.

Media Prima menjelaskan pemberhentian tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif untuk mengatasi ketidakcekapan kos akibat pertindihan tugas dan susulan perbincangan antara pihak pengurusan dan wakil daripada lima kesatuan sekerja.

“Perubahan yang mengganggu dalam sektor media dan keadaan ekonomi makro yang mencabar, dijejaskan lagi oleh faktor pemboleh ubah yang tidak diketahui akibat pandemik COVID-19,” dipetik dari kenyataan itu.

Menurut konglomerat media itu, faktor-faktor tersebut memaksanya mempercepatkan pelaksanaan fasa transformasi yang merangkumi semakan semula model pendapatan dan pengurusan kos yang bersesuaian.

“Inisiatif-inisiatif ini melibatkan perubahan operasi di unit-unit terpilih untuk mengatasi ketakcekapan kos yang timbul dari pertindihan kerja,” kata kenyataan itu lagi.

Pada Mac lalu, sejumlah 543 kakitangan kumpulan New Straits Times Press (NSTP) ditamatkan perkhidmatan ekoran langkah pengurangan pekerja.

Untuk rekod, Media Prima mencatat peningkatan pendapatan sebanyak 5 peratus pada suku keempat berakhir 31 Disember 2019 kepada RM304.6 juta berbanding RM290.9 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/selepas-lebih-500-pekerja-diberhentikan-tiba-giliran-300-lagi-kakitangan-media-prima-dibuang/

COMMENTS