3 tahun berjuang dapatkan refund RM4149 dari AirAsia X, sekali lelaki ini hanya dapat sekeping kertas je sebagai ganti!
Selama tiga tahun, Aiman Md Uslim, berjuang untuk mendapatkan bayaran balik tiket daripada syarikat penerbangan AirAsia X.
Malangnya perjuangan Aiman berakhir dengan keputusan yang amat mengecewakan.
Pada 3 November 2019, Aiman, dari Shah Alam, Selangor, membeli enam tiket penerbangan ke Korea Selatan dengan harga RM4,149. Penerbangan mereka dijadual berlepas ke Korea Selatan pada 17 Oktober 2019.
Bagaimanapun, perancangannya itu terpaksa dibatalkan berikutan pandemik Covid-19. Aiman kemudian mengambil keputusan untuk membatalkan perjalanan pada 12 Mac 2020, sebelum Putrajaya melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang menutup sempadan dan menghentikan perjalanan.
Dibayar balik dalam bentuk baucar penerbangan AirAsia
19 Mei, AirAsia X memaklumkan bahawa bayaran balik kepada Aiman masih diproses. Ini kerana syarikat penerbangan itu sedang berdepan dengan permintaan yang sama daripada penumpang lain.
Selepas lebih dua tahun menunggu, Aiman membuat aduan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 6 Jun 2022. 10 hari kemudian, Aiman ‘dibayar’ oleh AirAsia X dalam bentuk baucar perjalanan, bukannya bayaran berbentuk wang ringgit.
Kecewa dengan tindakan AirAsia X, Aiman memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil pada 17 Mac 2023 dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Majistret Sepang, 17 April.
“AirAsia X tidak mempunyai wakil, jadi saya menyerahkan semua butiran dan keputusan segera dibuat yang memihak kepada saya,” katanya.
Kegembiraan tak bertahan lama
Namun, kegembiraan itu tidak lama bertahan apabila syarikat penerbangan tambang murah itu kemudian memfailkan permohonan untuk mengenepikan keputusan itu di bawah sekatan penstrukturan semula syarikat.
AirAsia X sebelum ini berkata ia telah menerima kelulusan daripada 99% pemiutangnya untuk proses penstrukturan semula hutangnya pada 12 Nov 2021, sebelum cadangan itu diluluskan oleh Mahkamah Tinggi pada 16 Dis 2021.
Perbicaraan seterusnya kes Aiman diadakan di Mahkamah Majistret Sepang pada 8 Jun lalu. Mahkamah menerima permohonan AirAsia X untuk mengenepikan keputusan awal, meninggalkan Aiman dengan bayaran baliknya dalam bentuk baucar perjalanan.
‘Ini tidak adil!’
Kecewa dan muak dengan keputusan itu, Aiman tidak berminat untuk meneruskan kes itu. Aiman berikrar tidak akan lagi menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan itu lagi..
Sedangkan dia sebelum ini menaruh harapan yang tinggi untuk mendapatkan semula wangnya selepas membaca tentang Nagendran, rakan penumpang AirAsia yang berjaya mendapatkan bayaran balik tunai melalui prosedur yang sama pada 2021.
“Perkara yang paling mengecewakan ialah, mereka tidak berbincang dengan penumpangnya sebelum melaksanakan proses penstrukturan semula yang membolehkannya memutus untuk tidak memulangkan wang saya.
“Ini tidak adil, mereka boleh mengambil wang saya begitu sahaja. Tetapi baucar perjalanan hanya boleh digunakan untuk penerbangan dengan AirAsia X. Bagaimana kalau saya mahu menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan lain? Sudah tentu saya tidak akan dapat,” katanya.
BACA:
Ramai isteri orang impu suami macam Hafiz Mahamad, sekali lelaki ini sekolahkan Hafiz Mahamad?