3 pemimpin harumkan nama MCKK. Empat bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menganggotai Parlimen Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Antara bekas pelajar MCKK adalah Anwar yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Anwar meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di MCKK pada tahun 1960 hingga 1966.
Rafizi pula pada tahun 1990 hingga 1994 manakala Tengku Zafrul tidak menyatakannya.
Sementara itu Nik Nazmi mengikuti pengajian di MCKK pada tahun 1995 hingga tahun 1999.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 15 bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Persatuan Pelajar Tua Kolej Melayu (MCOBA) menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan, bekas pelajar tersebut terdiri daripada enam calon daripada Pakatan Harapan (PH), empat (BN), tiga Perikatan Nasional (PN) manakala seorang calon bagi Pas dan Pejuang.
Antara bekas pelajar MCKK yang bertanding bagi kerusi Parlimen adalah Pengerusi PH, Anwar; Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli; Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
BACA:
Keluar juga ayat ni dari mulut Nurul Zahid selepas ayahnya jadi TPM
Suami buat ‘treasure hunt’ letak duit merata tempat sempena hari lahir isteri
“Ini ayah, bukan BF saya!” – Gadis letih nak tepis dakwaan sebab wajah muda bapa
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio