3 kes misteri, alien atau paranormal yang masih tak terjawab

Oleh SURIANI HAMDAN

Siapa je yang tak pernah tengok siri Unsolved Mysteries?

Bila kita melihat kes-kes misteri yang dipaparkan, kita menjadi tidak selesa betul bila ia berakhir tanpa penyelesaian, bukan?

Sebenarnya, di mana-mana negara, terdapat banyak kes jenayah yang tetap tidak dapat diselesaikan,

3 kes misteri, alien atau paranormal yang masih tak terjawab

sehingga muncul spekulasi bahawa ada campur tangan makhluk dari alam lain yang menyebabkan beberapa kes tidak akan pernah mendapat jawapan.

Jadi pada artikel kali ini, kita akan ceritakan beberapa kes unsolved mysteries yang paling pelik dan agak menyeramkan pernah berlaku sepanjang zaman.

Misteri #1: Insiden Dyatlov Pass
Brand Thc Hgms 262317 Nlm 425679 2398 60 20220304 01 0306927 Noob Hd

Pada 1 Februari 1959, sembilan pendaki ski telah mati secara misteri di sebuah gunung di Rusia. Pada malam insiden tersebut, kumpulan ini telah memasang khemah di sebuah cerun dan sempat makan malam sebelum tidur, tapi ada sesuatu yang sangat dahsyat telah berlaku kerana kesemua mereka ini tak pernah ditemui lagi.

Pada 26 Februari, pencari telah menemui khemah kumpulan ini yang telah kosong namun terdapat kesan koyakan dari dalam. Di sekeliling kawasan tersebut pula terdapat kesan tapak kaki yang ditinggalkan mereka, ada yang memakai stoking ada yang hanya memakai satu kasut dan ada juga yang berkaki ayam, kesemua mereka menuju ke satu arah, iaitu hutan berhampiran.

Di situ jugalah dua mayat pertama ditemui, tak memakai kasut dan hanya memakai seluar dalam. Pada awalnya, tempat kejadian tersebut menunjukkan dua dari mereka ini mati kerana hipotermia, tapi selepas bedah siasat dijalankan ke atas tujuh mayat lain yang ditemui selama beberapa bulan antara satu sama lain, teori tersebut tak boleh digunapakai lagi.

Mana tidaknya, satu mayat ada bukti dipukul dengan objek tumpul yang konsisten dengan serangan ganas. Ada yang badan mempunyai kesan bakar yang teruk, satu muntah darah dan satu hilang lidah. Bukan tu je, pakaian mereka juga ditemui mempunyai kesan radioaktif.

Ada pelbagai teori yang dibuat berhubung insiden ini, ada yang mengatakan terdapat campur tangan KGB, overdose dadah, UFO dan macam-macam lagi. Tapi ada satu pembikin filem dokumentari mengeluarkan teori melibatkan fenomena menakutkan tapi wujud iaitu infrasound, di mana angin telah berinteraksi dengan topografi untuk menciptakan bunyi yang boleh menyebabkan rasa loya, panik, takut, gementar, meningkatkan kadar denyutan jantung serta kesukaran bernafas.

Tapi apa yang pasti, apa yang berlaku kepada mereka sangat mustahil untuk dilakukan oleh manusia.

Misteri #2: Kapal Hantu: The Mary Celeste
Mary Celeste Gettyimages 3246358

Pada 4 Disember 1872, satu kapal British-Amerika yang dipanggil “The Mary Celeste” telah ditemui kosong dan terapung di lautan atlantik. Apa yang peliknya, kapal tersebut masih dalam keadaan yang baik dan barang-barang kargo yang dibawa juga masih elok kecuali bot penyelamat yang dilihat telah dinaiki dalam keadaan teratur. Tapi, tak ada seorang pun orang yang naik kapal ni ditemui.

Pada November 1872, Mary Celeste telah memulakan perjalanan dari New York menuju ke Genoa, Itali. Ia telah dikendalikan oleh Kapten Benjamin Briggs dan tujuh krew kapal termasuk isteri Briggs dan anak perempuannya berusia 2 tahun. Bekalan di atas kapal pula sangat cukup untuk hidup dalam keadaan mewah selama enam bulan termasuk satu mesin jahit dan piano.

Pengulas bersetuju bahawa bagi sesuatu kapal yang ditinggalkan dalam keadaan baik adalah kerana berlaku sesuatu perkara yang luar biasa dan membimbangkan. Bagaimanapun, log harian kapal tersebut tak menunjukkan apa-apa tanda yang luar biasa dan bahagian dalam kapal pula keluhatan sangat teratur.

Beberapa teori yang timbul mengenai kapal hantu ini termasuklah berlaku pemberontakan, serangan lanun atau diserang oleh sotong gergasi atau raksasa laut.

Baru-baru ini, saintis mengeluarkan teori mengatakan bahawa wasap dari alkohol ke atas kapal telah menyebabkan letupan dan hasilnya berlaku anomali saintifik dan tak meninggalkan apa-apa tanda kebakaran. Namun kejadian tersebut sangat menakutkan sehingga kapten tersebut telah mengarahkan anak-anak kapalnya untuk menyelamatkan diri menggunakan bot penyelamat.

Misteri #3: Kehilangan Paula Jean Welden
Misteri

Paula Jean Welden, 18, merupakan pelajar tahun kedua di Kolej Bennington. Pada 1 Disember 1946, Paula telah memberitahu rakan sebiliknya, Elizabeth Parker, bahawa dia nak keluar untuk berjalan tapi selepas itu dia tak pernah pulang.

Pencarian telah dibuat dengan memberikan fokus kepada denai panjang di Vermont iaitu sejauh 434KM yang mempunyai potongan dari Vermont ke sempadan Kanada di mana beberapa orang tempatan dilaporkan telah melihatnya.

Namun begitu, pencarian tersebut tak ada membuahkan apa-apa hasil dan beberapa petunjuk pelik mula timbul termasuklah dakwaan seorang pelayan yang mengatakan bahawa dia telah melayan seorang wanita muda yang kelihatan gelisah.
Ekoran dakwaan ini, bapa Paula telah hilang selama 36 jam kerana mengatakan cuba untuk mencari anaknya mengikut petunjuk tersebut namun tindakannya ini dianggap sebagai pelik sehingga lelaki ini menjadi suspek utama kehilangan Paula.

Kisah-kisah kehidupan peribadi Paula kemudiannya mula tersebar mendedahkan bahawa Paula tak pulang ke rumah ketika Perayaan Kesyukuran seminggu sebelum kehilangannya dan dia mungkin kecewa dengan pertelingkahan yang berlaku dengan ayahnya.

Menurut cerita bapanya pula, Paula sedang mengalami masalah dengan seorang lelaki yang dia suka dan mungkin lelaki tersebut sepatutnya menjadi suspek.

Lebih sedekad kemudian, seorang lelaki tempatan di Bennington dua kali bermegah-megah mengatakan yang dia tahu di mana mayat Paula ditanam tapi satu mayat pun dia tak berjaya temui apa lagi mayat Paula.

Malangnya, tanpa apa-apa petunjuk, mayat atau petanda bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku ke atas gadis tersebut, siasatan sukar untuk diteruskan dan ia terus menjadi misteri sehingga kini.

Baca Juga :