222 majikan gulung tikar walaupun dapat bantuan subsidi gaji

222 majikan gulung tikar walaupun dapat bantuan subsidi gaji
 Sejumlah 222 majikan yang memohon subsidi gaji dari Perkeso telah menutup perniagaan mereka kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.
“Berdasarkan rekod Skim Insurans Pekerja, seramai 2,713 individu yang kehilangan kerja disebabkan syarikat menutup perniagaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“Setakat 11 November, Perkeso telah menerima sebanyak 388 aduan daripada pekerja berhubung majikan yang menyalahgunakan skim subsidi gaji berjumlah RM20 juta,”

“Perkeso akan menggantung bayaran kepada majikan yang disyaki membuat tuntutan palsu atau menyalahgunakan program subsidi itu,”

Menurutnya Perkeso telah mengenalpasti seramai 156 majikan yang telah membuat tuntutan palsu atau menyalah gunakan skim itu.

Tambahnya lagi Perkeso juga sedang menyiasat 232 lagi kes.

“Perkeso telah merujuk lima kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di mana seorang telah ditahan di Kedah bulan lalu,”

“Perkeso juga telah mengenal pasti 5,537 lagi majikan yang melanggar terma dan syarat skin program subsidi berkenaan,”

Tambahnya lagi majikan berkenaan telah disenarai hitam kerana tidak membayar pekerja mereka atau tidak mencarum dalam tabung Perkeso.

Kenyataan itu diberikan sebagai jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung jumlah majikan yang telah menerima subsidi gaji dan menutup perniagaan mereka semasa perintah larangan pergerakan Covid-19 dari bulan Mac hingga Oktober.

Berita penuh : https://www.milosuam.net/2020/11/222-majikan-tutup-perniagaan-lepas.html#ixzz6e9sj3z2q

COMMENTS