2 pelancong warga asing hanya pakai ‘spender’ di airport undang reaksi netizen

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Foto mereka menjadi viral di kalangan netizen setelah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook.

Dua pelancong asing menarik perhatian ramai kerana tindakan mereka yang hanya memakai seluar dalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand.

Selain itu, dua lelaki pelancong itu kelihatan yakin berjalan di lapangan terbang tanpa mengendahkan pandangan orang awam.

Foto mereka menjadi viral di kalangan netizen setelah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook.

Gambar tersebut mendapat lebih daripada 500 tanda suka (likes) serta komen-komen netizen, termasuklah yang berjenaka dan meluahkan rasa ingin muntah melihat aksi mereka.

Untuk catatan, Phuket adalah destinasi pelancongan yang popular di Thailand dan sering menjadi tumpuan pelancong antarabangsa.

Namun, kejadian ini menyebabkan netizen mengusulkan agar diperkenalkan garis panduan baharu untuk mengelakkan insiden serupa berulang.

Perbuatan dua pelancong itu dianggap tidak menghormati budaya tempatan walaupun Phuket terkenal dengan aktiviti pantai dan laut.

BACA: “Dulu suami hina aku cakap macam kucing kurap, kini dia pula kena kurung, rupanya dia tak berani bersuara pada bini muda”