Seorang lelaki mendedahkan kebaikan pemilik rumah yang selama 14 tahun ini tidak pernah sekalipun menaikkan bayaran bulanan rumah sewa.
Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki itu meluahkan rasa syukur kerana
Dia hanya membayar RM210 sahaja setiap bulan untuk rumah teres satu tingkat yang didiaminya.
Jika diikutkan, harga sewa rumah teres satu tingkat kini boleh mencecah RM1,000 hingga RM1,500.
Di ibu kota, harga RM210 kebiasaannya harga untuk sebuah bilik sewa sahaja.
“14 tahun dah sewa rumah ni. Naik, jatuh rumah ni lah. Sewa masih sama RM210 sampai sekarang.
“Mana nak cari tahun 2024 ni sewa murah macam ni di kawasan Pulau Pinang. Rezeki Allah bagi,” katanya di Facebook.
Lelaki yang menggunakan nama Facebook Mfa Bob juga bersyukur kerana dia dikelilingi jiran yang sangat baik walaupun majoritinya kaum India.
“Jiran-jiran walaupun majoriti India tapi semua baik-baik. Tuan rumah juga baik,” luahnya.
Perkongsian itu ternyata mendapat perhatian ramai sehingga ceritanya diulang siar di platform X.
Beberapa pengguna berkata mungkin disebabkan penyewa adalah seorang yang berdisiplin, tepati waktu pembayaran dan tidak berkira untuk baiki rumah, menjadi sebab tuan rumah tidak pernah berkira untuk menaikkan caj sewa.
Selain itu ada yang berpendapat kemungkinan rumah itu sudah pun habis dibayar dan daripada rumah itu kosong, ada baiknya tuan rumah biarkan penyewa duduk di situ.
Baca juga:Lepas nasi kandar, Maybank pula di’claim’ milik Indonesia