11 tahun menghilangkan diri, ini jawapan adik Anita Sarawak bila disoal tentang kakaknya
Sebut sahaja nama Anita Sarawak sudah pasti ramai yang mengenali nama ini lebih sedekad lalu.
Anita Sarawak seorang penyanyi yang cukup terkenal suatu ketika dahulu di Malaysia ini.
Keadaan dan nasḭb penyanyi lagenda Anita Sarawak, telah membangkitkan kebḭmbangan dan kerinduan peminatnya apabila beliau membawa diri ke luar negara sejak 2011 tanpa sebarang khabar sehingga kini.
Lebih sedekad menghilang, berita mengenai Anita Sarawak terus menjadi tanda tanya sehinggakan adiknya sendiri iaitu pelakon Noorkumalasari sudah terputṳs hubungan dengannya.
Noorkumalasari atau mesra disapa Noor berkata, dia sebenarnya lebih senang tidak mengetahui keadaan kakaknya itu memandangkan Anita memilih untuk menjauhkan diri.
“Maaflah… tiada berita. No news is a good news. Saya ambil pendekatan begitu. Dia pun tidak ada berhubung dengan saya sejak sekian lama. Dia hanya menghubungi kakak sulung kami kerana tahu saya dekat dengan mɛdia di sini.
“Saya pun suka apabila dia tidak berkirim khabar. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu menipu atau rasa bersalah jika ditanya mengenainya.
“Mungkin juga dia tidak mahu saya berada dalam situasi sebegitu,” katanya.
Sementara itu, Noor menafikan khabar angin yang heboh diperkatakan sebelum ini tentang kesihatan Anita sehingga ia menjadi punca penyanyi itu menyepi.
“Ada juga dengar cerita itu tapi ia hanya khabar angin sahaja. Kakak kami maklumkan keadaannya sihat.
“Saya yakin jika Anita atau suaminya sakit, Anita pasti akan maklumkan kepada kakak kerana mereka sering berhubung,” ujarnya.
Dalam pada itu, Noor tidak terfikir untuk menjejak keberadaan Anita kerana bimbang kehadirannya nanti tidak diterima kakaknya itu.
Malah anak kepada pasangan pelakon Datuk S Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum ini juga berharap Anita tidak memberi layanan buruk jika ada mana-mana pihak yang ingin bertemu dengannya.
“Saya takut kecewa jika berusaha mencari dia kerana sebelum ini pernah berlaku apabila seorang wartawan Malaysia cuba menjejakinya tetapi seolah-olah dia tidak mahu bertemu.
“Bagi saya jika ada orang ingin berjumpa tidak ada masalah. Meskipun tanpa sebarang berita di media, boleh sahaja dia k0ngsi khabar,” jelasnya.
Sebagai rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri daripada media dan peminat sejak tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Usaha wartawan hiburan menjejaki Anita dan suaminya tidak berjaya kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk di mana mereka menetap.
Apa-apa pun, kita harus menghormati kehendaknya dan tidak mengganggu privasi beliau lagi. Doakan saja kesihatan dan kehidupannya berjalan sebaik-baiknya di sana.
Kita sebagai peminat hanya mampu berdoa supaya Anita Sarawak ini baik-baik sahaja walaupun di mana dia berada.