“10 tahun mak mertua layan macam orang luar, bila cucu lahir dia cakap hitam macam arang tapi depan anak pijak semut tak mati..”

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Berkahwin dengan anak emak pastinya menjadi antara mimpi ngeri buat isteri-isteri di luar sana.

Diibaratkan mempunyai madu kerana ibu mertua masih tidak mahu berenggang dengan anak lelaki

Hingga mengguris perasaan menantu yang sudah berjanji mahu sehidup semati dengan pasangannya.

Seperti kisah wanita ini yang telah bersabar selama 18 tahun apabila ibu mertuanya melayan seperti orang luar dan enggan menerima dirinya hingga ke hari ini.

Penceritaan ini bukan niat membuka sisi negatif atau aib suami aku, cuma dijadikan iktibar kepada manusia bergelar ibu mertua

“10 tahun mak mertua layan macam orang luar, bila cucu lahir dia cakap hitam macam arang tapi depan anak pijak semut tak mati..”

Di luar sana agar menerima menantu seadanya. Semua orang ada kekurangan masing-masing.

Aku dan suami mendirikan rumah tangga hampir 18 tahun. Aku tahu aku bukan menantu pilihan. Walaupun aku tahu aku seorang yang multitasking, boleh memasak, menjahit, bercucuk tanam, berdikari since aku dan suami pjj lebih 7 tahun.

Kemudian aku juga bekerjaya dan mampu membeli rumah yang aku bayar duit aku sendiri. Jarang aku berg4duh teruk dengan suami. Itupun sebab orang ketiga. Ibunya cakap aku balik bermalam lama di rumah emak aku.. hahaha kan, macam bermadu kan.

Karang adalah drama s4kit di rumah mertua, setengah s4kit kepala kena beli koyok, setengah sesak nafas, setengah nya pulak nak terber4k flush tak function. Dan bergegas la suami aku anak beranak selaku doktor, mekanik balik ke rumah mertua.

Emak aku dah paham, disuruh aku bersabar banyak – banyak. Untuk 10 tahun pertama aku try hard untuk ambil hati ibu mertua aku. Bila balik kampung selalu je aku offer masak, hah elok je kau makan, tinggal tulang je tak makan.

Bagi hadiah (walaupun pernah dicampak hadiah tu), termasuk bagi dia cucu, anak dan cucu dia sayang tapi menantu dia benci. Menantu selalu dianggap orang luar bagi dia. Untuk lima tahun ini aku ambil langkah menjauh, sebab aku dah penat melayan emosi huru hara aku.

Banyak aku telan pahit sepanjang 15 tahun ini. Aku ingat lagi, anak sulung aku dilahirkan pra matang. So kulit agak gelap dengan berat kurang 2 kg. Aku sedih seorang nenek sanggup gelarkan anak aku juga dari d4rah dagingnya sebagai hitam seperti arang.

Dicebik ibu aku cara penjagaan bayi. Padahal ibu aku dah berbelas cucu pada masa tu. Alhamdulillah anak aku comel montel speedy recovery, asbab penjagaan rapi dan tegas ibu aku masa berpantang. Kalahlah cucu dia yang ditatang (kebetulan lahir lebih sebulan dari anak aku).

Ibu mertua aku dan bersaing berpisah tiada. Suami aku? Dia serba salah sebenarnya bila menyedari per4ng dingin antara ibunya dengan isteri. Sebagai anak emak, kadang-kadang aku terasa juga. Bertahun juga dia belajar untuk kawal ibu dia, bertegas untuk tidak mengikut rentak mengarut ibu dia. Allah mendengar doa aku.

Kadang-kadang ibu dia triggered macam persaingan pun ada bila terp4ksa berkongsi kasih anak dengan menantu. Kadang-kadang aku fikir biarlah ibu mertua aku, lantak la situ nak membebel ke apa jangan tangankan aku, m4ki aku sudah.

Aku still hormat dia macam aku hormat mak aku. Eh mak mertua je ke camtu? Tak tak, ayah mertua ok terlalu baik. Semoga Allah lindungi ayah mertua aku selalu. Mak mertua aku selalu menengking ayah mertua aku, mengherdik dan tahap menghina pun ada.

Malas la aku nak judge, biarlah Allah menentukan kedudukan isteri yang tidak menghorm4ti suami dia. Eh adik ipar ok ke tu? Tak ok sangat. Walaupun berpelajaran, kurang adab dan akhlak tak cukup untuk membuatkan kita nampak hebat.

Adik ipar aku pengotor, tuala dibiarkan di katil. Pakaian di longgok. Tandas tak gamak nak guna. Anak – anak aku sanggup menahan niat membuang jika ke rumah neneknya. Najiis baby kucing dibiar kering merata. Bau najiis kucing dari litter box tempat kucing membuang memenuhi ruang seluruh rumah.

Eh aku tak tolong kemas ke? Aku ni kedatangan pun tak dialu – alukan. Inikan pulak nak tolong kemaskan rumah. Ingat lagi, masa suami aku ada elok la dilayannya. Dulu ingat lagi, suami aku ke masjid solat jumaat teruk aku kena basuh.

Sebolehnya ke masjid pun aku nak ikut suami aku. Masa tu aku tanya apa salah aku sampai layan aku camtu, salah ke aku nikah ngan suami aku. Adakah penikahan aku tidak direstui? Semua ditidakkan. Lepas kejadian tu seperti lori 10 tan terlepas beban kat bahu aku. Sungguh aku lega.

At least family suami aku tahu aku bermaru4h, jangan sebarangan melayan manusia seperti tiada perasaan. Ignorance is the best remedies. Itu yang aku lakukan. Itu baru secebis memori silam aku sepatutnya dipenuhi dengan vibes cinta dan kasih sayang.

Kita sahaja yang memberi kasih sayang tidak memadai untuk memadam keegoan seorang ibu mertua. Sekarang mak mertua aku disahkan lumpuh. Nampak sedikit runtuh egonya. Emosi tak menentu, kerap meng4muk dan menangis seperti kata pepatah kita pada hari ini adalah kita di masa yang lalu..

Tapi waktu ini dia perlukan anak kesayangan dia sebagai kekuatan dia. Aku tak pernah menghalang suami aku berbakti untuk mak ayah dia. Ini balasan aku untuk dia. Aku selalu berdoa agar diberi kesempatan agar dapat diampunkan segala dosa terhadap ibu mertua, walaupun aku tahu dia masih tidak ikhlas menerima aku sebagai menantunya.

Satu hari aku angankan agar dia memeluk aku sambil mengucapkan emak minta maaf, atas apa yang emak lakukan terhadap kamu. Sungguh aku tidak rampas anak lelaki kalian. Demi cinta aku masih bertahan, melainkan anak kalian membuang aku. – Bunga larangan (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Hanya kerana anak lambat bercakap, ibu tergamak campak anak dalam sungai penuh buaya