10 negara majoriti penganut Islam paling kaya di dunia, cuba tengok Malaysia nombor berapa

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Satu laporan daripada Insider Monkey telah mendedahkan senarai negara majoriti Muslim terkaya di dunia berdasarkan Pendapatan Kasar Dalam Negara (PDB) per kapita.

Negara-negara ini membuktikan bahawa dunia Islam memiliki potensi ekonomi yang besar, dan kita akan melihat di mana kedudukan Malaysia dalam kalangan mereka.

Di tempat pertama, Qatar mendominasi senarai ini. Negara kecil ini sememangnya terkenal dengan kekayaan hasil minyak dan gasnya.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di tempat kedua, terkenal dengan bandar-bandar futuristik seperti Dubai dan Abu Dhabi.

Selain minyak, sektor pelancongan dan kewangan yang kuat turut menyumbang kepada kejayaan UAE.

10 negara majoriti penganut Islam paling kaya di dunia, cuba tengok Malaysia nombor berapa

Arab Saudi, sebagai kuasa besar dalam industri minyak dunia, menduduki tempat ketiga. Walaupun bergantung pada hasil minyak, kerajaan Saudi kini melabur dalam sektor lain seperti teknologi dan pelancongan melalui inisiatif Visi 2030.

Bagi Malaysia, negara ini berada di kedudukan kelapan. Walaupun tidak setanding dengan Qatar atau UAE, kedudukan ini tetap membanggakan kerana menunjukkan kestabilan ekonomi Malaysia yang berasaskan pelbagai sektor seperti minyak, gas, elektronik, dan pelancongan.

Dengan infrastruktur yang terus berkembang dan usaha kerajaan untuk menggalakkan inovasi, Malaysia berpotensi untuk meningkatkan lagi kedudukannya pada masa hadapan.

Menariknya, Indonesia, negara dengan populasi Muslim terbesar di dunia, menduduki tempat ke-13 dalam senarai ini.

Laporan ini juga menunjukkan bahawa negara-negara majoriti Muslim tidak hanya bergantung kepada sumber asli seperti minyak dan gas, tetapi juga telah mula mempelbagaikan ekonomi mereka.

BACA: ‘Kerana pemilik, badak binasa’ Badak air Pablo Escobar dijatuhi hukuman mati